Wednesday, 4 December 2013

Kepentingan terhadap Majlis Konvokesyen



Majlis konvokesyen merupakan tindakan penerimaan atau penganugerahan ijazah akademik dari universiti. Para graduan diiktirafkan oleh universiti dengan kegembiraan. Ia simbolik kepada tamatnya proses menimba ilmu di menara gading dengan graduan menerima sijil sarjana muda, sarjana atau doktor falsafah dan sebagai simbol keilmuan. Sementara itu, majlis konvokesyen juga menjadi simbolik kepada kemuliaan ilmu graduan. Oleh itu, pada pendapat saya majlis konvokesyen perlu diwujudkan walaupun mengadakan majlis tersebut bukan senang.
 
                Sebagai contoh, kos mengadakan konvokesyen dua kali setahun sangat membebankan universiti daripada segi kewangan dan biaya yang besar terpaksa dikeluarkan setiap kali konvokesyen. Selain itu tumpuan dan masa juga banyak diberikan kepada program ini sehingga membebankan staf dan pentadbiran. Walaubagaimanapun, majlis konvokesyen tetap perlu diadakan kerana ia penting kepada setiap graduan. Pihak universiti boleh membuat keputusan sama ada mengadakan majlis konvokesyen setahun sekali atau dua tahun sekali.

            Selain itu, ibu bapa setiap graduan juga akan berasa bangga apabila menghadiri majlis konvokesyen bersama dengan anak mereka. Mereka dapat bergambar dengan anak mereka yang berpakaian Jubah dan dapat melihat anak mereka menerima sijil. Kesimpulannya, Majlis konvokesyen ini bukan penting kepada setiap graduan sahaja, kebanyakan ibu bapa juga mengharap dapat menghadiri majlis tersebut dan kekal wujud.

No comments:

Post a Comment